15 fakta menarik Muhammad Aqil, pelajar Tingkatan 1 bertuah ‘disambar’ JDT berkat video viral

19 May 2023 • 6:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

15 fakta menarik Muhammad Aqil, pelajar Tingkatan 1 bertuah ‘disambar’ JDT berkat video viral

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Demikian peribahasa yang sesuai menceritakan tentang pemain bola sepak muda berbakat, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi.

Sebelum ini, tular di laman sosial video Muhammad Aqil bermain bola sepak tular di media sosial.

image is not available

Pemain cilik itu menampilkan aksinya yang cukup tenang dan lincah mengawal bola berhadapan dengan pemain lawan yang lebih berusia.

Lebih membanggakan, kanak-kanak itu telah disunting Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim.

image is not available

Berikut fakta menarik mengenainya:

1-Muhammad Aqil adalah remaja berusia 13 tahun adalah anak jati Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu.

2-Beliau merupakan Tingkatan Satu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.

3-Si cilik berbakat ini sememangnya berada dalam keluarga bola sepak yang mana abangnya, Arsyad Shamsul adalah pemain bagi skuad Terengganu IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

image is not available

4-Manakala bapanya iaitu Mohd Shamsul Aswadi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Matcang’ merupakan lagenda skuad futsal Terengganu.

5-Muhammad Aqil pernah menjalani latihan dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

image is not available

Akademi JDT pula ialah akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan.

1-Akademi berkenaan adalah satu-satunya pusat akademi kelab profesional di Malaysia.

2-Melatih pasukan bawah 12 hingga bawah 21.

3-Pelatih sepenuh masa.

4-Tinggal, bersekolah dan berlatih bersama.

5-Pusat Latihan yang dilengkapi dengan fasiliti yang sesuai.

image is not available

6-Jurulatih dari Valencia CF.

7-Akademi ini dilengkapi pakar diet untuk memantau keperluan nutrisi dan pengambilan makanan.

8-Modul latihan yang diadaptasi dari Borussia Dortmund dan Valencia.

9-Para pelatih akan diberi pendedahan kepada pertandingan antarabangsa.

10-Arahan taktikal yang diselaraskan untuk peralihan yang lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.