[15 FOTO] Kini berusia 11 tahun, kemunculan Raja Nazira Safya mengiringi ayahanda raih perhatian warganet

10 Nov 2022 • 10:32 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KINI berusia 11 tahun, kecomelan Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sentiasa menjadi perhatian warganet.

Baru baru ini berlangsung Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bertempat di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, Perak.

image is not available

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi anakanda, Raja Nazira Safya dan adinda, Raja Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mencemar duli berangkat menghadiri acara larian tersebut.

Paling menarik perhatian orang ramai adalah kemunculan anakanda baginda, Raja Nazira Safya yang semakin membesar.

Warga maya rata-rata teruja penampilan Raja Nazira Safya dan memuji kecomelan baginda.

-“Cantiknya.”

-“Masya-ALLAH comel anakanda Sultan, daulat tuanku.”

-“Daulat tuanku. Comelnya puteri baginda.”

-“Comel dan cantiknya, daulat tuanku.”

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

 

Berikut lima fakta mengenai Raja Nazira Safya:

1-Raja Nazira Safya merupakan puteri tunggal Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

image is not available

2-Baginda dilahirkan pada 2 Ogos 2011 di Hospital Pakar Damansara, Selangor.

3-Raja Nazira Safya mempunyai seorang kakanda iaitu Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzzaffar Shah yang dilahirkan pada 14 Mac 2008.

image is not available

4-Kecomelan Raja Nazira Safya sentiasa menjadi perhatian. Baginda mewarisi darah campuran daripada bonda. Tuanku Zara Salim mempunyai darah kacukan Inggeris pada sebelah bapa manakala sebelah ibunya pula Melayu, Arab dan Siam.

image is not available

5-Raja Nazira Safya kini menerima pendidikan di Alice Smith School, Kuala Lumpur.

Sumber: Perak Kini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.