
KINABATANGAN: Tidak mustahil untuk Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
“Saya ada keyakinan (menang 15 kerusi) kerana saya melihat ia bukan sesuatu yang mustahil dan Insya-Allah mungkin lebih daripada 15 kerusi pun kedua-dua parti boleh dapat (menang),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai bersama rakyat di Dewan Kampung Suan Lamba di sini pada Rabu.
Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata BN menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen di Sabah menerusi kerjasama dengan GRS pada PRU15.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
