PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi

Politics
17 Nov 2022 • 11:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

"Di Selangor kita akan menang semua (enam kerusi), saya yakin Amanah boleh menang banyak (keseluruhan), Insya-ALLAH, lebih daripada 11 kerusi," katanya kepada Bernama selepas program Jelajah Harapan Selangor di Taman Sri Muda di sini malam Khamis.

Amanah meletakkan calon untuk bertanding di 54 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam pilihan raya umum kali ini.

Mohamad berdepan persaingan lapan penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada PRU15.

Beliau ditentang calon Barisan Nasional, D Kajendran, Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia), Fahmi Bazlan Muda (Pejuang) dan tiga calon Bebas, P Raveetharan, S Surendhar serta K Kumar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved