15 notis dikeluarkan menerusi operasi bersepadu CIDB di Sandakan

12 Jul 2023 • 2:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebanyak 15 notis dikeluarkan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Cawangan Sandakan bersama beberapa agensi berkaitan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Batu Sapi, di sini, pada Selasa.

Operasi bermula jam 9 pagi itu diketuai Pengurus Cawangan CIDB Sandakan, Poul Joannes.

Turut serta ialah 37 anggota dari pelbagai agensi termasuk CIDB, Majlis Perbandaran Sandakan, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Akademi Binaan Malaysia.

Menurut Poul, antara notis dikeluarkan adalah bagi kesalahan pendaftaran akreditasi dan personal binaan (kad hijau) kerana mengambil pekerja tanpa akreditasi dan kad hijau.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more CIDB turut mengeluarkan notis mendapatkan maklumat, notis arahan hadir ke Pejabat CIDB untuk siasatan lanjut.

Bagi Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan pula, satu notis dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Membawa Penyakit 1975 atas penemuan pembiakan jentik-jentik dalam paip pembentungan.

Selain itu, JTK turut mengeluarkan notis di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara kerana tidak membayar gaji minimum dan Seksyen 4(2) kerana tidak menyimpan sesalinan daftar pekerja di premis.

Sementara SSM turut mengeluarkan beberapa notis kerana kegagalan mempamerkan nama dan nombor pendaftaran syarikat dan notis larangan atas pelbagai kesalahan lain.

“Operasi bersepadu ini antara lain dijalankan untuk mewujudkan kerjasama antara jabatan atau agensi yang menguatkuasakan peraturan atau undang-undang masing-masing di tapak binaan sekitar daerah Sandakan agar tugas-tugas penguatkuasaan menjadi lebih mudah dan efektif,” katanya kepada media selepas operasi berakhir.

Beliau menambah, fokus penguatkuasaan operasi kali ini adalah berkaitan dengan beberapa Akta CIDB antaranya Akta 520 berkaitan Pendaftaran Kontraktor (seksyen 25), Kewajipan Kontraktor (seksyen 34B(1)), Pembayaran Levi (seksyen 34), Personel Binaan (seksyen 33), Akreditasi Pekerja Mahir Binaan (seksyen 33A(1)) dan Bahan Binaan (seksyen 33D(1)) selain bidang kuasa agensi-agensi yang turut sama dalam operasi itu.

Dalam pada itu, satu kontraktor utama yang diperiksa dalam operasi berkenaan didapati berdaftar dengan CIDB dan levi juga telah dijelaskan.

CIDB turut memeriksa tujuh pekerja tempatan dan 31 pekerja asing dalam operasi yang sama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.