
SHAH ALAM, 11 JULAI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 2 pagi.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Amaran hujan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak hingga 2 pagi appeared first on Selangorkini.
