15 Pelajar UPSI Terkorban: JKR Bakal Pasang 385 Lampu Solar

11 Jun 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas nahas bas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akhirnya menyebabkan lokasi kemalangan di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli akan dipasang dengan lampu solar.

Difahamkan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, termasuk di kawasan lokasi nahas bas.

Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, keputusan pemberian tender bagi pemaangan lampu jalan tersebut dijangka diketahui pada Julai tahun ini.

image is not available

“Lampu jalan serta keadaan gelap bukan punca utama kemalangan. Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan.

“Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang. Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

image is not available

Terdahulu, seramai 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah