15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti

LocalPolitics
10 Mar 2026 • 2:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .Gambar hiasan.

KOTA KINABALU -  Sebanyak 15 pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah hari ini mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Armada Bersatu Sabah, Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman berkata, selain beliau, antara yang mengambil tindakan keluar parti dan melepaskan semua jawatan disandang ialah barisan pemimpin dari Tuaran, Sepanggar, Pensiangan, Keningau, Papar, Tawau, Putatan serta Beluran.

Mohd Hisyam Hazaril yang juga Ketua Armada Bersatu Beaufort berkata, keputusan dibuat kerana kecewa terhadap kemelut dalaman parti yang semakin meruncing serta budaya serangan terbuka oleh kepimpinan yang dipertontonkan kepada umum.

"Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti semakin berlarutan sehingga mencalarkan imej parti dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata, pendekatan memecat dan tindakan disiplin yang tidak konsisten serta bersifat selektif dalam mengurus perbezaan pandangan turut menjadi punca kumpulan itu menolak budaya politik berkenaan.

Langkah meninggalkan parti, katanya adalah mesej jelas bahawa pimpinan anak muda menolak politik perpecahan dan mereka akan terus memperjuangkan agenda golongan itu demi masa depan negeri dan negara. - Bernama 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved