150 Pelatih Sukarela Lapor Diri Latihan Percubaan PLKN 3.0

12 Jan 2025 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebanyak 150 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan.
 
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
 
Proses pendaftaran bermula pada 7 hingga 11 pagi dan berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.
 
Kesemua pelatih bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan hingga 25 Feb ini.
 
Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia, selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.
 
Sumber: BERNAMA
 


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved