16 jam bertarung nyawa, kanak-kanak lemas mandi kolam inap meninggal dunia

21 Jul 2025 • 2:37 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan lemas ketika mandi-manda di kolam sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, semalam, disahkan meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Melaka.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh bapa mangsa menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Semalam, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.45 pagi mengenai kejadian lemas yang menimpa kanak-kanak terbabit di sebuah kolam renang rumah inap.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Zahery Mohd. Zailani, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee sebelum ini memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan telah dimasukkan ke PICU dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor hari ini bagi urusan pengebumian. Kejadian menyayat hati itu turut mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya mengucapkan takziah dan mendoakan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian tersebut.

View Original Article