16 Model Baharu MForce Gegar Malaysia Bike Show 2026

LocalCars
3 Jun 2026 • 3:24 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: 16 Model Baharu MForce Gegar Malaysia Bike Show 2026

Malaysia Bike Show 2026 terus menjadi tumpuan peminat dua roda apabila MForce Bike Holdings melancarkan sebanyak 16 model motosikal baharu di MAEPS semalam, merangkumi pelbagai segmen daripada kapcai, skuter, adventure touring hinggalah motosikal prestasi tinggi.

Antara model yang diperkenalkan ialah Morbidelli VIZY 125 pada harga RM4,988, C252V (RM16,988) dan SC200SR (RM7,988). Segmen skuter pula menerima kehadiran Ariic Touch 250 berharga RM13,688 serta Gobi 250 pada RM13,988. Turut mencuri perhatian ialah Cyclone RT2S (RM13,888) dan RT5 (RM16,888).

Dalam kategori retro dan cruiser, Brixton memperkenalkan Moucca 250 pada harga RM12,888 serta 625V berharga RM26,888. SYM pula tampil dengan skuter HUSKY200 pada RM10,998.

Bagi peminat motosikal berprestasi tinggi, CFMOTO membawa masuk 750SR pada RM41,888 dan 1000MTX pada RM51,888. Sementara itu, VOGE memperkenalkan DS625X (RM35,888), DS800X (RM39,888) dan SR450X (RM29,888). Senarai pelancaran ditutup dengan WMOTO GRIFFIN 205 pada harga RM8,888.

Pelancaran besar-besaran ini sekali lagi membuktikan kesungguhan MForce dalam menawarkan pilihan motosikal moden dengan harga kompetitif untuk pasaran Malaysia.

Teruskan bersama Two Wheels..!

The post 16 Model Baharu MForce Gegar Malaysia Bike Show 2026 appeared first on TW Media.