Model Gemini 3.5 Dengan Kecerdasan Rintis Serta Peningkatan Keupayaan Ejen AI Dilancarkan

TechnologyDigital
20 May 2026 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Google I/O 2026, Google mengatakan kita telah memasuki era ejen kecerdasan buatan (AI) yang mengambil alih pelbagai tugas yang dahulunya dilakukan secara manual oleh manusia. Bagi menyokong era ejentik ini, model baharu Gemini 3.5 telah dilancarkan.

Image from: Model Gemini 3.5 Dengan Kecerdasan Rintis Serta Peningkatan Keupayaan Ejen AI Dilancarkan

Gemini 3.5 menggabungkan kecerdasan rintis dengan keupayaan ejen bertindak melaksanakan tugas yang lebih kompleks pada skala yang lebih besar berbanding model terdahulu. Dua model yang diumumkan pagi tadi ialah Gemini 3.5 Flash dan Gemini 3.5 Pro.

Gemini 3.5 Flash telahpun digunakan pada Gemini bermula hari ini serta Google Search sementara Gemini 3.5 Pro sedang digunakan secara dalaman dan akan dilancarkan bulan depan.

Menurut Google, Gemini 3.5 Flash menyaingi model AI yang lebih besar tetapi berfungsi lebih 4 kali lebih pantas. Dalam ujian penanda aras yang telah dilakukan, Gemini 3.5 Flash mengatasi kemampuan Gemini 3.1 Pro. Gemini 3.5 boleh melakukan tugasan membangunkan aplikasi, penyelenggaraan kod, audit kewangan, dan automasi proses kompleks.

Bermula hari ini Gemini 3.5 Flash 3.5 Flash boleh diakses menerusi aplikasi Gemini dan AI Mode dalam Google Search, Google Antigravity, API Gemini, Google AI Studio dan Google Android Studio

.