16 pasukan rebut kejuaraan

FootballSports
23 Jun 2026 • 9:40 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

16 pasukan rebut kejuaraan

KOTA KINABALU: Sebanyak 16 pasukan bersaing merebut kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Mimpaagat Ke-8 yang secara rasminya membuka tirai di Stadium Penampang pada Ahad.

Majlis pembukaan kejohanan dalaman anjuran Kelab Bola Sepak Mimpaagat itu disempurnakan oleh penasihat kelab Datuk Robert Stidi, bersama pengerusi penganjur Aloysius Wong.

Wong berkata sejak diperkenalkan pada 2017 di Padang Majlis Daerah Penampang, kejohanan veteran itu sudah melalui perubahan yang amat ketara daripada hanya satu divisyen dengan penyertaan empat pasukan dalam kategori veteran campuran.

“Sejak itu, kejohanan ini berkembang menjadi pertandingan khusus untuk pemain veteran mengikut kategori umur. Edisi tahun ini menampilkan 16 pasukan dengan penyertaan seramai 376 pemain yang bertanding dalam kategori umur 40an, 50an dan 60an.

“Perkembangan ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan minat terhadap sukan veteran, malah memperlihatkan semangat kekitaan yang semakin kukuh dalam kejohanan ini. Peluang yang diwujudkan ini menjadi bukti dedikasi dan ketabahan kelab kami,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved