17 Gambar Kemaluan Lelaki Dalam Telefon Ebit Lew Tak Dikenal Pasti Milik Siapa – Saksi

11 Jan 2024 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perbicaraan kes pendakwah terkenal Ebit Lew masih berlangsung dan dilaporkan semalam saksi kelapan memberitahu mahkamah terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah itu.

Daripada 90 gambar itu, terdapat 17 keping gambar kemaluan lelaki yang ditemui di dalam data yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat.

Saksi kelapan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching memaklumkan tidak dapat memastikan sama ada gambar kemaluan tersebut adalah milik siapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Peguam bela, Datuk Ram Singh bertanya kepada saksi bagaimana beliau mengenal pasti 17 gambar kemaluan lelaki itu milik individu tertentu.

“Saya kenal pasti itu gambar kemaluan lelaki tetapi saya tidak tahu ia milik siapa,” kata Chang Ching.

Saksi turut menolak andaian peguam bahawa beliau sengaja hendak memalukan Ebit dengan mengekstrak atau mengeluarkan 17 gambar berkenaan walaupun tidak boleh mengenal pasti gambar itu milik siapa.

Saksi juga mengatakan 17 gambar yang diekstrak daripada telefon bimbit tertuduh tidak mengandungi sebarang mesej perbualan.

Untuk rekod, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.