
PETALING JAYA – Sebanyak 17 kes kegiatan lumba haram dan menduga kelajuan direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 25 Oktober hingga semalam menerusi Operasi Khas Ekstrem Lumba Haram.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes dikesan di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang.
“Enam kes sudah dibawa ke mahkamah dengan empat daripadanya dikenakan denda antara RM2,300 hingga RM2,500.
“Dua kes lagi membabitkan pengeluaran waran tangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy berkata, JPJ tidak akan berkompromi terhadap kegiatan lumba haram yang mengancam nyawa serta keselamatan pengguna jalan raya.
Katanya, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat secara tegas dan berfokus bagi membanteras kegiatan berbahaya berkenaan.
“Penguatkuasaan itu dibuat mengikut Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mula berkuat kuasa pada 16 Oktober lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 17 kes lumba haram dikesan, 14 di KL appeared first on Kosmo Online.






