17 mangsa banjir dipindahkan, satu PPS dibuka

2 Nov 2022 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PPS Balairaya Kampung Batu Badak yang dibuka pada jam 8 pagi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.

image is not available
Anggota APM Johor melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di Segamat.

SEGAMAT - Seramai 17 mangsa banjir membabitkan lima keluarga dipindahkan pusat pemindahan sementara (PPS) dari daerah ini selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir yang berlaku pada Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa banjir dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Batu Badak yang dibuka pada jam 8 pagi.

"Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan limpahan air sungai pada Rabu, menyebabkan beberapa buah rumah penduduk dinaiki air.

"Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Johor, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.