17 premis musnah terbakar di Kundasang

15 Mar 2025 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

Kundasang: Sebanyak 17 premis kedai, inap desa, rumah sewa dan sebuah gudang simpanan runcit tidak kekal, musnah dalam kebakaran yang berlaku di sini pada Khamis malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian membabitkan tiga kedai, dua inap desa, 11 rumah sewa dan sebuah gudang penyimpanan berlaku kira-kira jam 8.30 malam di kawasan pekan Kundasang.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.37 malam melalui MERS 999 dan sepasukan 15 anggota diketuai Komander Operasi PBK II Juanie@ Girin Dullah dan saya sendiri bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai bomba, kita dapati kebakaran besar berlaku membabitkan deretan pelbagai jenis premis perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran 900 kaki, tiga pancutan dan paip tambahan yang disambungkan kepada sumber air jentera bomba serta pili bomba.

Operasi dibantu tujuh anggota polis, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan dua petugas Sabah Electricity (SE).

Menurut Ridwan, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi dikawal kira-kira jam 10.09 malam dan ditamatkan pada 12.52 tengah malam.

Menurut Ridwan, untuk sebarang kecemasan bomba atau keperluan perkhidmatan khas, orang ramai boleh menghubungi Bomba Ranau menerusi talian 24 jam (088-878779), talian hotline 019-2449348 atau MERS 999.