17 Rakyat Malaysia Antara Ratusan Hilang Susulan Banjir Kilat Di Nepal

26 Aug 2026 • 11:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

17 Rakyat Malaysia Antara Ratusan Hilang Susulan Banjir Kilat Di Nepal

HYDERABAD, 26 Ogos (Bernama) -- Seramai 17 rakyat Malaysia antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan di daerah Rasuwa, Nepal pada pagi Rabu, menurut Lembaga Pelancongan Nepal.

Lembaga itu dalam satu kenyataan memaklumkan urusan perjalanan rakyat Malaysia yang hilang berkenaan diuruskan oleh agensi pelancongan Fishtail Tours and Travels.

Sekurang-kurangnya 291 warga asing dan 93 warga Nepal tidak dapat dihubungi, manakala polis dan pengendali pelancongan sedang berusaha mengesan mereka, menurut lembaga itu dalam kemas kini situasi pada sebelah petang.

Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini memaklumkan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa dilaporkan terputus hubungan susulan banjir berkenaan.

Kementerian itu memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan.

“Pasukan mencari dan menyelamat yang kini dikerahkan oleh kerajaan Nepal sedang berusaha mengesan rakyat Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka,” menurut kementerian itu.

Banjir akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal.

Baca juga:

Warga asing lain yang terputus hubungan termasuk 142 warga India, dengan 37 daripadanya menetap di luar negara, serta ramai warga Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved