Tular Klip Banjir Sempadan Nepal-China, Lebih 150 Mangsa Maut & 17 Warga Malaysia Dikhuatiri Hilang [Video]

27 Aug 2026 • 9:36 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tular Klip Banjir Sempadan Nepal-China, Lebih 150 Mangsa Maut & 17 Warga Malaysia Dikhuatiri Hilang [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (26 Ogos), tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ratusan orang ramai sedang melarikan diri daripada insiden tanah runtuh besar yang berlaku di pintu sempadan Nepal-China.

Menurut laporan Astro Awani, ia berlaku susulan banjir kilat dan hujan lebat yang melanda kawasan terbabit.

Pada awalnya, gempa bumi bermagnitud 5.2 telah dikesan pada jam 8.37 pagi waktu tempatan.

Lebih 150 Mangsa Nyawa Terkorban, Lebih 400 Individu Termasuk Pelancong Asing Masih Belum Dijumpai

Memetik CNN, setakat ini, lebih 150 mangsa telah terkorban manakala seramai 403 pelancong, termasuk 341 warga asing, belum dapat dikesan beberapa jam selepas bencana. Perkara itu disahkan sendiri Kementerian Pelancongan Nepal.

Pelancong asing yang hilang termasuklah warga Australia, Britain, Malaysia, Belanda, Portugal, Afrika Selatan, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan 142 warga India.

View on Threads

17 Rakyat Malaysia Hilang Akibat Bencana Banjir Kilat Di Nepal-China

Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, seramai 17 rakyat Malaysia antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan di daerah Rasuwa, Nepal.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa dilaporkan terputus hubungan susulan banjir tersebut.

Sehubungan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan mengenai operasi mencari dan menyelamat mangsa.

View on Threads

Lebih 50 Rakyat Malaysia Masih Gagal Dihubungi – Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia

Dalam satu perkembangan terbaharu, Bernama melaporkan lebih 50 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi oleh keluarga akibat banjir berkenaan. Perkara itu dimaklumkan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman.

“Ahli keluarga gagal menghubungi lebih 50 rakyat Malaysia.

“Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa,” katanya.

Tambah beliau lagi, sukar untuk mendapatkan maklumat tentang rakyat Malaysia yang hilang disebabkan infrastruktur komunikasi yang rosak disebabkan banjir.

Arus Banjir Musnahkan Penempatan, Jalan Raya & Projek Hidrokuasa

Difahamkan, tanah runtuh besar telah menghalang aliran Sungai Bhote Koshi, menyebabkan arus deras air mengalir ke hilir dari China ke Nepal.

Arus banjir yang besar itu kemudiannya menghanyutkan lumpur, lori, bas dan serpihan setinggi beberapa tingkat sekaligus memusnahkan penempatan, jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal.

View this post on Instagram

A post shared by wild god bishal (@wild_god_bishal)

Glasier Yang Retak & Jatuh Ke Lembah Mungkin Puncanya – Saintis

Memetik laporan ABC News, sekumpulan ahli saintis percaya bahawa sebahagian glasier di kawasan banjaran gunung Himalaya telah mengalami retakan dan runtuh ke lembah bawah sehingga ia mencetuskan atau memburukkan lagi kesan tanah runtuh tersebut.

View on Threads

Kerajaan Nepal Beri Jaminan Akan Giat Usaha Mencari & Menyelamat Mangsa

Dalam pada itu, Perdana Menteri Nepal Balendra Shah berikrar, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana terbabit.

“Kesakitan dan kehilangan yang anda alami bukanlah kecil. Namun, saya ingin memberi jaminan bahawa anda tidak bersendirian dalam masa yang sukar ini, negara bersama anda dengan segala cara dan sumber yang ada,” katanya, lapor RTM.

View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved