
Kota Kinabalu: Prihatin dengan sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Kerajaan Negeri melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) menyampaikan bantuan kepada 17 sekolah terlibat.
Daripada jumlah itu, 16 sekolah rendah masing-masing menerima RM20,000 manakala Sekolah Menengah (SM) St Michael, Penampang yang terjejas teruk menerima bantuan RM40,000.
Pengetua dan Guru Besar mewakili sekolah masing-masing untuk menerima bantuan itu yang disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Arif dalam satu majlis di SICC, di sini, Jumaat.
Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, sebanyak RM360,000 diperuntukkan di bawah TPNS untuk tujuan itu bagi mengurangkan beban sekolah-sekolah terbabit.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Katanya, usaha murni itu juga adalah inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang mahu semua sekolah terjejas akibat banjir besar baru-baru ini, dibantu secepat mungkin.
“Jumlah kerugian (sekolah) juga masih dalam penaksiran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), pada masa sama JPNS akan berusaha memohon (peruntukan) daripada pusat untuk bantu sekolah-sekolah ini,” katanya.
Ariffin turut memaklumkan pihaknya juga meluluskan bantuan cermin mata untuk pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memerlukan bantuan itu.
Katanya, terdapat kira-kira 5,000 pelajar dari seluruh wilayah ini layak untuk bantuan berkenaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan secara berperingkat.
“Kita juga akan berhubung dengan beberapa badan berkanun kerajaan (GLC) yang lain termasuk Petronas untuk meminta mereka turut sama dalam usaha bantuan cermin mata ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Ariffin memaklumkan dana TPNS setakat ini mencecah RM57 juta hasil sumbangan GLC, dan daripada jumlah itu, sebanyak RM5 juta telah dibelanjakan untuk manfaat lebih 5,000 penerima.
Menurutnya, TPNS juga menerima sumbangan sebanyak RM7.7 juta yang disaksikan Hajiji, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

