170 pemanah tradisional sertai kejohanan di Tawau

30 Jun 2026 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

170 pemanah tradisional sertai kejohanan di Tawau

TAWAU: Lebih 170 pemanah tradisional menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Daerah Tawau (PMTTDT), yang dianggap sebagai medan pemanas badan menjelang Kejohanan Festival Memanah Tradisional Terbuka Asia di Terengganu bulan depan.

Turut mengambil bahagian ialah pemanah tradisional tempatan Supardi Jamal atau lebih dikenali sebagai Acong yang sebelum ini mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia pada Kejohanan Memanah Tradisional Dunia 2025 di Ulsan, Korea Selatan.

Selain itu, pemanah tradisional wanita (srikandi) Sharifah Herlina Sayyid Abdullah, yang mara ke peringkat separuh akhir kelompok empat terbaik dalam siri Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2024, turut menyertai pertandingan tersebut.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berharap lebih ramai bakat baharu tempatan dapat diketengahkan dalam sukan memanah tradisional di peringkat antarabangsa.

“Saya difahamkan kita mempunyai pemanah tradisional bertaraf kebangsaan dan dunia yang berasal dari Tawau. Diharapkan perkembangan positif ini akan berterusan agar kita dapat melahirkan lebih ramai juara dalam sukan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PMTTDT di Kompleks Sukan Tawau, di sini, Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persatuan Sukan Memanah Tradisional Daerah Tawau (Permata), Shameer Abdurahman Hamid.

Menurut beliau, walaupun memanah tradisional tidak termasuk dalam senarai acara yang dipertandingkan pada temasya Olimpik dan Sukan Asia, kementerian tidak akan meminggirkan sukan tersebut.

“Kementerian sentiasa memberikan bantuan mengikut keperluan yang dimohon oleh kelab-kelab memanah tradisional, dan kami terus menyokong penganjuran pertandingan bagi mencungkil bakat-bakat baharu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejayaan Permata menganjurkan PMTTDT merupakan satu perkembangan positif yang menyokong usaha meningkatkan daya saing serta memperkukuh kemahiran memanah dalam kalangan peserta.

Katanya, kejayaan Permata menghimpunkan sehingga 26 kelab memanah tradisional dari seluruh Sabah, khususnya Pantai Timur, untuk menyertai PMTTDT membuktikan komitmen yang wajar diberi sokongan penuh.

“Kami juga berharap kejohanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan peminat memanah tradisional dari seluruh negeri di samping memupuk budaya kepahlawanan yang diwarisi sejak turun-temurun,” katanya.  

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved