175 mangsa ribut terima bantuan, rumah rosak termasuk satu dihempap pokok

11 Apr 2023 • 3:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 175 mangsa ribut di Puchong menerima bantuan kecemasan tunai RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas rumah mereka dilanda kejadian itu baru-baru ini.

Ketua divisyen komunikasi korporat LZS berkata dalam kunjungan yang dilakukan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Sarbini dan LZS Daerah Petaling semalam agensi itu turut menyantuni mangsa dengan mengedarkan pek makanan.

“Kejadian itu mengakibatkan rumah 166 mangsa bukan asnaf dan sembilan asnaf rosak dengan ada rumah seorang daripada mangsa dihempap pokok.

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Sarbini menyerahkan bantuan tunai dan pek makanan ketika menziarah mangsa di Puchong pada 10 April 2023. Foto Facebook LZS

“Mangsa yang rumahnya musnah dihempap pokok adalah asnaf maka kita syorkan agar mencari rumah sewa sementara dengan bayaran sewa ditanggung LZS,” kata Datin Setia Norajun Ainun Mohd Hashim kepada Selangorkini.

Beliau berharap mangsa tabah dan sabar mengharungi ujian itu terutama dalam bulan mulia ini.