18 kawasan catat suhu panas berjaga-jaga - MetMalaysia

12 Apr 2024 • 6:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. Foto Bernama

image is not available
Amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 12 kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setakat jam 4.30 petang Jumaat.

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 12 kawasan di Semenanjung Malaysia dan enam lagi masing-masing di Sarawak serta Sabah setakat jam 4.30 petang pada Jumaat.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, tahap berjaga-jaga tersebut boleh mencapai suhu maksimum harian sehingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, 12 kawasan di Semenanjung itu ialah Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Timur Laut) dan Kelantan (Gua Musang).

Selain itu, tiga kawasan lain berada di tahap satu di Sarawak ialah Limbang, Mukah dan Telang Usan manakala Beaufort, Tuaran serta Tenom pula di Sabah.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28