18 kawasan rekod cuaca panas tahap satu

12 Apr 2024 • 6:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – 12 kawasan di Semenanjung dan masing-masing tiga di Sarawak dan Sabah merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Perlis.

Selain itu, (Timur Laut) Pulau Pinang dan Gua Musang di Kelantan.

Di Sarawak pula, tiga kawasan terlibat adalah Limbang, Mukah dan Telang Usan manakala Beaufort, Tuaran dan Tenom di Sabah.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – 12 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved