18 Mac cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri

10 Mar 2026 • 9:44 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada Rabu depan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti tambahan itu diberikan bagi memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan yang sewajarnya menjelang sambutan perayaan tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.

“Manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

“Ia juga selari dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” katanya lagi.

Tambah beliau, pemberian cuti tambahan tersebut diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga pendidikan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang lebih teratur. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved