18 Pengemis Warga Asing Ditahan, Raih Sehingga RM600 Sehari Di Pasar Malam

LocalPolitics
5 Feb 2025 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seramai 18 warga asing di Johor Bahru telah ditahan, ia selepas dikesan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang menjalankan operasi penguatkuasaan bagi menggempur pengemis jalanan warga asing di dua lokasi pasar malam sekitar Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad pada Isnin lalu.

Pengarah JIM Negeri Johor, Mohd Rusdi Mohd. Darus berkata, pengemis warga asing yang berumur dalam 40 hingga 69 tahun tersebut mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari dengan hanya duduk bersila sambil menghulurkan tangan untuk meraih simpati orang ramai.

“Mereka terdiri daripada empat lelaki warganegara China, lelaki Thailand (4), lelaki Kemboja (3) bersama seorang perempuan Kemboja, dua lelaki dan dua wanita Syria serta masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Pakistan.

“Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam.

image is not available

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang.”

Tambah Mohd. Rusdi lagi, semua tahanan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kesemua tahanan itu telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.