18 peranti Xiaomi akan terima MIUI 14 mulai suku pertama 2023

Digital
27 Feb 2023 • 12:32 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas tamat memperkenal barisan siri Xiaomi 13, Xiaomi mempersembahkan sistem operasi baru mereka, MIUI 14. Ia datang siap ke dalam siri Xiaomi 13 dan perkara lebih penting adalah, peranti lama yang akan menerimanya.

Dalam pentas yang serupa, Xiaomi telah menunjukkan jadual peranti lama yang akan menerima kemaskini MIUI 14 bermula suku pertama tahun 2023. Berikut adalah senarainya:

  1. Xiaomi 12T Pro
  2. Xiaomi 12T
  3. Xiaomi 12 Pro
  4. Xiaomi 12
  5. Xiaomi 12X
  6. Xiaomi 12 Lite
  7. Xiaomi 11T Pro
  8. Xiaomi 11T
  9. Mi 11 Ultra
  10. Mi 11i
  11. Mi 11
  12. Xiaomi 11 Lite 5G NE
  13. Mi 11 Lite 5G
  14. Mi 11 Lite
  15. Redmi Note 11 Pro+ 5G
  16. Redmi Note 10 Pro
  17. Redmi Note 10
  18. Redmi 10 5G
  19. dan banyak lagi

image is not available

Agak pelik apabila hanya ada satu model Redmi Note 11 disenaraikan, tetapi dua model Redmi Note 10 serta satu model Redmi 10 kelihatan. Tetapi memandangkan ia sebut bermula suku pertama, mungkinkah kemaskini MIUI 14 akan diterima selewat suku keempat 2023?

Walaupun begitu, MIUI 14 tidak semestinya adalah Android 13. Sudah banyak kes sebelum ini, nombor MIUI yang sama tidak memiliki Android yang serupa. Kepada pengguna peranti Xiaomi dan Redmi yang lain, nantikan pengumuman Xiaomi tentang bilakah MIUI 14 akan datang ke peranti anda.