
KUANTAN - Seramai 402 kanak-kanak diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 18 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada Rabu.
Mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam operasi Ops Global itu, pihaknya turut menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian.
Menurutnya, individu ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.
"Semua mangsa kanak-kanak yang diselamatkan akan menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan di fasilti disediakan sebelum proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.
"Proses ini dijangka mengambil masa 14 hari namun tertakluk kepada keperluan lain," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini pada Rabu.
AKAN MENYUSUL
