180 gempa susulan direkodkan di barat laut Turkiye

24 Nov 2022 • 3:42 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ANKARA: Sebanyak 180 gegaran susulan direkodkan di barat laut Turkiye selepas gempa bumi kuat 5.9 pada skala Richter melanda kawasan itu pada Rabu, menurut agensi bencana negara itu.

Wisma Putra melalui kenyataan rasminya memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Gempa susulan terkuat direkodkan berukuran 4.3 pada skala Richter lapor Agensi Anadolu memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

AFAD memaklumkan seramai 16 daripada 93 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital, dan 2,580 kakitangan AFAD serta 471 aset dikerah ke wilayah itu.

Gempa bumi berlaku pada 4:08 pagi waktu tempatan (9:08 pagi waktu Malaysia) yang berpusat di daerah Golyaka di barat laut Duzce.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 6.81 kilometer (4.2 batu).

Gegaran turut dirasai di Istanbul dan kawasan lain, termasuk barat laut Bolu, Sakarya, Kocaeli, Bursa, Bilecik dan wilayah Izmir dan Kutahya barat, serta ibu kota Ankara.

Pada 1999, Duzce dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang berlangsung selama 30 saat, mengorbankan 710 nyawa dan mencederakan 2,679 yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved