Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda barat laut Türkiye

23 Nov 2022 • 12:11 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

DUZCE: Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter telah menggegar wilayah Duzce di barat laut Türkiye, dengan gegaran dirasai sehingga ke bandar Istanbul dan Ankara, kata pegawai dan penduduk tempatan.

image is not available

Gempa yang melanda pada 4:08 pagi waktu tempatan pada Rabu, berpusat kira-kira 14 kilometer barat laut Duzce, di daerah Golyaka, menurut Agensi Pengurusan Bencana Türkiye, AFAD.

AFAD melaporkan 35 orang cedera, seorang daripadanya kini sedang kritikal.

Penduduk di Istanbul turut memaklumkan bekalan elektrik terputus sejurus selepas gempa berkenaan.

Tetapi menurut AFAD, bekalan elektrik di wilayah itu diputuskan oleh pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dan AFAD telah menghantar pasukan mereka untuk membantu penduduk tempatan dengan menyediakan selimut serta makanan panas.