180 PTI Filipina dihantar pulang

28 Dec 2024 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Sabah menghantar pulang 180 lagi pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, pada Jumaat.

Pengarah Imigresen negeri Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata penghantaran itu melibatkan tahanan di Depoh Imigresen Sandakan terdiri daripada 79 lelaki, 38 wanita, 29 kanak-kanak lelaki dan 34 kanak-kanak perempuan berusia antara 1 hingga 80 tahun.

AdvertisementMereka dihantar pulang ke Jeti Bongao, Filipina dengan feri MV Ming Hai Express dalam program pembiayaan sendiri.

“Semua yang dihantar pulang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negeri ini tanpa permit atau pas yang sah, serta tinggal lebih masa, dan telah menjalani hukuman penjara,” katanya.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Menurut Sh Sitti Saleha, jabatan itu sehingga kini telah menghantar pulang 6,185 warga Filipina dan sejumlah 8,842 warga asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Beliau berkata, kesemua PTI akan disenaraihitamkan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Sh Sitti Saleha berkata, kekerapan proses pengusiran pendatang tanpa izin tertakluk kepada pengeluaran segera dan berterusan dokumen perjalanan oleh Kedutaan Filipina di Malaysia, yang merupakan elemen penting untuk mempercepatkan proses pemindahan tahanan ke negara asal mereka.

Beliau berkata, pengusiran itu adalah sebahagian daripada operasi berterusan Imigresen Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa untuk semua tahanan di Depoh Imigresen Sabah bagi mengelak penahanan jangka panjang di Malaysia.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan negara.

“Kami akan memperhebatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di negara kita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua majikan dan masyarakat supaya mengambil warga asing untuk bekerja di negara ini melalui saluran yang betul.