19 keluarga di Ranau terima tapak penempatan baharu

22 Jul 2025 • 9:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: 19 keluarga dari Kampung Kimarahang kini boleh menarik nafas lega selepas menerima kebenaran membina penempatan baharu di kawasan tanah pertanian Kampung Tampios susulan kampung asal mereka terlibat dalam pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Majlis pecah tanah penempatan baharu tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir dalam satu majlis yang diadakan di tebing Sungai Liwagu pada Sabtu lalu.

“Kita bersyukur kerana Jabatan Pertanian akhirnya membenarkan mangsa-mangsa Projek Pan Borneo membina rumah di kawasan tanah pertanian ini. Walaupun penggazetan ini bersyarat ia jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebagai wakil rakyat sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendengar dan bertindak menyelesaikan isu-isu yang dihadapi penduduk khususnya di Dun Paginatan. Kita bekerja tanpa perlu diuar-uarkan kerana paling penting hasilnya dapat dirasai rakyat,” kata Abidin.

Sementara itu Ketua Anak Negeri (Kan) Dualis Porodtong turut menjelaskan latar belakang kawasan berkenaan yang kini dijadikan tapak penempatan baharu untuk penduduk Kampung Kimarahang yang terjejas.

Katanya kawasan seluas kira-kira tiga ekar itu pernah menjadi tapak Stesen Pertanian sekitar 1980-an namun terbiar sejak beberapa dekad lalu.

“Terdapat usaha daripada pihak kampung melalui Pengerusi JKKK Kampung Tampios untuk menjadikan kawasan ini sebagai rizab kampung namun permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Pertanian dan Pejabat Tanah Ranau.

“Akhirnya dengan bantuan Datuk Abidin Madingkir kawasan ini berjaya diwarta sebagai penempatan sementara untuk penduduk Kampung Kimarahang yang kehilangan tanah perkampungan akibat projek Pan Borneo.

“Dengan adanya pewartaan ini 19 keluarga terjejas kini mempunyai kawasan untuk membina rumah baharu dan memulakan kehidupan yang lebih teratur,” katanya.

Penempatan baharu itu dijangka akan menyediakan kediaman yang lebih stabil dan selesa untuk penduduk terlibat serta membuka peluang kepada pembangunan komuniti yang lebih tersusun di kawasan Tampios.