19 Lori Kena Sita Sebab Bawa Muatan Berlebihan

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebanyak 19 lori kerana membawa muatan berlebihan sehingga 50 peratus dalam Operasi Perang Lebih Muatan yang dijalankan bermula 14 Oktober hingga kelmarin.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, keseluruhannya sebanyak 29,089 pelbagai jenis kenderaan diperiksa dalam operasi ini di seluruh Selangor.

image is not available

"Kami komited melaksanakan operasi ini, malah ia dijalankan setiap hari bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan berat terbabit patuh pada undang-undang.

"Undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan kesemua pengguna jalan raya termasuk pemandu lori itu sendiri jadi ia perlu dipatuhi," katanya ketika dihubungi Harian Metro .

Dalam tempoh itu juga sebanyak 14,078 notis kompaun dikeluarkan.

Antara kesalahan tertinggi membabitkan kesalahan teknikal iaitu 1,743 kes, tiada lesen memandu barangan (GDL) sebanyak 1,122 kes; tiada lesen memandu kompeten (CDL) (1,017), cukai jalan tamat tempoh (1,121), dan lebih muatan (566) serta kesalahan lain.