19 peserta berentap di peringkat akhir deklamasi puisi artistik malam ini

15 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 19 peserta berentap di peringkat akhir deklamasi puisi artistik malam ini

KUALA LUMPUR : Seramai 19 peserta mewakili  semua negeri dan Wilayah Persekutuan akan berentap dalam Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Ke-7 anjuran Persatuan Pemuisi Malaysia (PEMUISI) telah diadakan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya malam ini.

Presiden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim berkata, kesemua yang bertanding merupakan johan di negeri masing-masing dan mereka boleh dikatakan mempunyai kelebihan masing-masing dalam mendeklamasikan puisi artistik. 

Image from: 19 peserta berentap di peringkat akhir deklamasi puisi artistik malam ini

“ Semua mereka merupakan peserta bagi kategori terbuka manakala kategori yang baharu sahaja diperkenalkan, Kategori Remaja Pelbagai Kaum disertai seramai tujuh orang. 

“Mereka merupakan peserta yang berjaya lolos setelah bertanding di peringkat separuh akhir yang diadakan malam tadi  manakala dua lagi peserta menarik diri,“ ujarnya.

Sasterawan Negara (SN)  Datuk Rahman Shaari yang juga ketua juri menyifatkan penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat, terutama dalam kalangan anak muda merupakan perkembangan yang sihat bagi memartabatkan puisi tanah air. 

Beliau menyifatkan penganjuran sayembara artistik itu seharusnya disokong oleh semua pihak, kerana bukan sahaja membawa reformasi dalam pendeklamasian puisi tanah air, tetapi juga memupuk minat pelbagai kaum untuk menggemari puisi. 

“Kepada semua peserta akhir malam ini, bertandinglah dengan semangat dan berikan komitmen yang tinggi. Tapi harus ingat, dua kelemahan peserta dalam setiap pertandingan iaitu samada persembahan ‘malap’ atau ‘berlebihan’. Cuba hindari kedua-dua kelemahan tersebut. 

Masih ada ruang untuk berlatih agar wujud keadaan persembahan yang natural,  yakin dan berseni. 

Tahniah kepada semua peserta akhir dan tahniah juga kepada pihak penganjur, PEMUISI! “, katanya. –UTUSAN

 

 

PESERTA AKHIR 

 

KATEGORI TERBUKA 

1.Abdul Rasmin Sagal Abdul Rahman 

2.Alya Syafiqah Adnan 

3.Yusnorsyazana Mohd Yunos 

4.Norhisyam Razali 

5.Shamsilawati Abd Rahman 

6.Mohd Rafiqi Bahuddin 

7.Muhammad Firdaus Sharuddin 

8.Muhammad A’zizul Haziq Roslan 

9.Aimylea Salsabila Shizuka Mohd Najib 

10.Normala Mohamad Shari 

11.Siti Nurain Farahiyah Sallehuddin 

12.Siti Hasmaliza Ghozali

 

KATEGORI REMAJA PELBAGAI KAUM 

 

1.Varshini Sonyaanaidu A/P Bala Murali Naidu 

2.Christian Duvan 

3.Ch’ng Xuan En 

4.Chuah Pei Xi 

5.Siew Kai Zhe 

6.Tan Yan Xu 

7.Ng Kai Ju –

The post 19 peserta berentap di peringkat akhir deklamasi puisi artistik malam ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved