PEMUISI anjur Sayembara Deklamasi Puisi Artisitik semarakkan sambutan Hari Malaysia 15 September ini

12 Sep 2026 • 2:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PEMUISI anjur Sayembara Deklamasi Puisi Artisitik semarakkan sambutan Hari Malaysia 15 September ini

KUALA LUMPUR : Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) akan menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Ke-7, dengan kerjasama Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Universiti Malaya 15 September ini.

Program tersebut akan diadakan pada di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya bermula pukul 8 malam.

Program akan dirasmikan Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan, Ahli Dewan Negara dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara.

SDPAHM yang mula dianjurkan sejak tahun 2020 ini terus dilaksanakan oleh PEMUISI setiap tahun sebagai wadah memperkasa seni deklamasi puisi tanah air, selain menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Malaysia melalui bahasa dan karya sastera.

Image from: PEMUISI anjur Sayembara Deklamasi Puisi Artisitik semarakkan sambutan Hari Malaysia 15 September ini
RADZUAN IBRAHIM

Presiden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim @ Wanrazuhar, berkata tahun ini menyaksikan pengenalan kategori Remaja Pelbagai Kaum, di samping Kategori Terbuka yang sedia ada.

Menurut beliau, kategori baharu itu bukan sekadar untuk melahirkan juara, tetapi membawa cita-cita lebih besar, iaitu menyemai kecintaan generasi muda pelbagai kaum terhadap puisi serta memperluas penggunaan, penghayatan dan kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Puisi mampu merentasi batas kaum, budaya, agama dan latar kehidupan kerana puisi mengajak manusia menyelami rasa, memahami makna dan berdiri bersama dalam ruang kemanusiaan yang dikongsi, “ujarnya.

Seramai 14 peserta kategori terbuka, terdiri daripada johan setiap negeri dan Wilayah Persekutuan, akan berentap bagi merebut Piala Pusingan Seri Pemuisi Malaysia, manakala tujuh peserta Kategori Remaja Pelbagai Kaum akan bersaing merebut Piala Pusingan Presiden PEMUISI.

SDPAHM turut menampilkan pendekatan inovatif dengan menggabungkan elemen teaterikal, muzikalisasi, visual, prop, persembahan muzik secara langsung serta teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI), sekali gus menjadikan puisi lebih hidup, dinamik dan dekat dengan khalayak. – UTUSAN

The post PEMUISI anjur Sayembara Deklamasi Puisi Artisitik semarakkan sambutan Hari Malaysia 15 September ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved