19 PTI ditahan di Putatan

28 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Sembilan belas warga asing tanpa izin ditahan dalam operasi bersama menyasarkan kawasan setinggan di Kampung Tebongon, Putatan, lewat Jumaat.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata operasi sehingga 2 pagi Sabtu itu melibatkan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah.

“Seramai 53 orang diperiksa termasuk 20 lelaki dan 33 wanita.

“Operasi itu melibatkan seramai 39 pegawai dan anggota polis Penampang, sembilan pegawai penguatkuasa Imigresen Sabah dan lima pegawai JPN Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Jelasnya, kesemua individu ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1953/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Sabah untuk tindakan lanjut.

“Polis dan agensi penguatkuasaan lain akan menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dalam usaha mengekang kebanjiran pendatang tanpa izin, khususnya di daerah Penampang.

“Majikan yang didapati melindungi atau menggaji warga asing boleh didenda sehingga RM50,000 mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.