
Tuaran: Seramai 193 peserta dari 11 pasukan bertanding pada Kejohanan ShitoRyu Sabah Interdojo Kali Ke-8 yang diadakan di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli di sini, baru-baru ini.
Presiden ShitoRyu Sabah, Gesiri Gambung berkata, acara diadakan selama dua hari bermula 30 Jun sehingga 1 Julai lalu bertujuan mengetengahkan lima pelan strategik jangka panjang ShitoRyu Sabah sekali gus disifatkan sebagai ‘Family Gathering’ bagi keluarga besar persatuan terbabit.
Katanya, ia juga bertujuan memberi peluang setiap ahli menerapkan sikap perpaduan yang lebih erat dalam kalangan ahli, peserta dan ibu bapa selain meningkatkan kemajuan fizikal, intelek dan juga sosial.
“Antara lima pelan strategik jangka panjang berkenaan adalah memperkasakan kepimpinan persatuan dengan penglibatan lebih ramai ibu bapa dan atlet, menyasarkan penambahan dojo, membantu pembentukan dan perkembangan jurulatih, mengukuhkan kedudukan kewangan, atlet seimbang akademik dan sukan serta membina masa depan bersama dalam ShitoRyu Sabah.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Selain itu, persatuan ini turut menyasarkan misi jangka panjang untuk membina ShitoRyu Sabah Training Centre pada tahun 2036 selain merancang mengadakan Sabah Open KarateDo Championship 2024 dan ShitoRyu Sabah Dinner pada kuarter empat tahun ini,” katanya.
Dalam acara berkenaan, Gesiri turut menyampaikan sumbangan Insentif Khas Presiden Untuk Pembangunan Dojo berjumlah RM13,000 kepada 13 Dojo di bawah naungan ShitoRyu Sabah bagi membantu pembangunan dojo khususnya kegunaan atlet dan jurulatih.
Menurutnya, insentif khas berkenaan juga adalah bagi Dojo yang memenuhi syarat persatuan yang ditubuhkan di peringkat Dojo dan berdaftar menerusi Pesuruhjaya Sukan Sabah (PJS) iaitu dengan PJS.
Mengulas lanjut, Gesiri berkata lapan pasukan di bawah Sabah ShitoRyu Dojo yang terlibat acara adalah Menggatal Dojo, Putatan Karate Association, Pusat ShitoRyu Karate Ranau, Politeknik Dojo, Nabalu Dojo, Gontung Dojo, Kelab Karate Guakon, Kolombong Dojo dan tiga pasukan jemputan iaitu Sabah Karate Association (SKA) Tamparuli, Doushinkan Dojo Miri Sarawak dan Shotokan Karate Association of Sabah (SKAS).
Acara yang dianjurkan Kelab Karate Guakon di bawah pimpinan Pengerusi Hendry Lingguan dan Jurulatih Kelab Jeffery Gambung itu menyediakan sebanyak 43 kategori bagi Kategori Kata dan Kumite individu serta berkumpulan.
Karateka Lelaki Terbaik dinobatkan kepada Kevin Karl Erwan dari SKA Tamparuli manakala Karateka Perempuan Terbaik dinobatkan kepada Breanna Qing Jiang Clayton dari Dounshinkan Miri, Sarawak.
Manakala johan keseluruhan acara adalah Pusat ShitoRyu Karate Ranau (12E, 8P & 27G) disusuli tempat kedua, Sabah Karate Association (SKA) Tamparuli (9E, 2P & 4G) dan tempat ketiga yang dimenangi Kelab Karate Guakon (5E, 12P & 12G).
“Tahniah kepada penganjur dan semua peserta yang terlibat dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Most Valuable Athlete ShitoRyu Sabah, Mc Royce Donovan Dagul di atas pencapaian cemerlang dalam sukan karate di peringkat negeri dan antarabangsa,” ujarnya.
Mengikut rekod, kali terakhir kejohanan tradisi tahunan ShitoRyu Sabah diadakan pada tahun 2019 di Dewan Masyarakat Ranau.
Difahamkan, Persatuan ShitoRyu Karatedo Negeri Sabah diasaskan oleh Shihan Thomas Chong & Renshi John Jikum pada 1995 dan dikenali sebagai MASK Sabah pada ketika itu. Persatuan ini bernaung di bawah Malaysian KarateDo ShitoRyu Association (MASK) dan mempunyai dua ahli gabungan iaitu Putatan Karate Association (PKA) dan Pusat KarateDo ShitoRyu Ranau (PSKR) dan 13 Dojo iaitu Menggatal Dojo, Politeknik Dojo, PKA, Nabalu Dojo, Gontung Dojo Kiulu Dojo, Kelab Karate Guakon, Kolombong Dojo, Limbungan Dojo, Dewan Kg Pulutan Menggatal, Ranau Dojo (Koinsaan Point), SK Pinasuok Ranau Dojo dan juga Nunuk Ragang Dojo.
Kejohanan terbabit turut disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Atukoi FM daripada DJ Othoe yang dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.
Menerusi ucapan Datuk Jahid, sebanyak RM18,000 diperuntukkan selepas beliau meluluskan permohonan perbelanjaan tatami dan peralatan kejohanan karate tatami kepada Persatuan ShitoRyu Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

