Anda Kini Boleh Layari Ke “keep.new” Untuk Mengakses Google Keep Dengan Pantas

TechnologyDigital
18 Oct 2019 • 9:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, Google memperkenalkan pintasan URL dengan pengakhiran .new. Ia adalah pintasan yang memudahkan pengguna membuat dokumen daripada aplikasi-aplikasi web Google. Misalnya, doc.new adalah untuk Google Docs, sheet.new untuk Google Sheets, form.new untuk Google Form dan banyak lagi seperti site.new atau juga slide.new.

Baru-baru ini Google menambah lagi sokongan aplikasi web lain kepada domain dengan pengakhiran .new ini – iaitu keep.new. Ia adalah akses pintas untuk Google Keeps bagi memdudahkan pengguna mencatat, merujuk nota yang telah disimpan pada akaun Google.