OnePlus Akan Hadir Dengan Fungsi Penterjemahan Segera Tersendiri -Seakan Android 10 Live Transcribe

TechnologyDigital
11 Oct 2019 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam semasa OnePlus 7T Pro dan OnePlus 7T Pro McLaren Editio dilancarkan, OnePlus turut mengumumkan kemaskini OxygenOS 10 untuk OnePlus 5/5T/6/6T. Selain itu, OnePlus turut mengumumkan “Instant Translate” – iaitu sistem penterjemahan segera dari OnePlus sendiri.

image is not available

Ia adalah seakan Google Translate, tetapi lebih baik dan lebih memfokuskan penterjemahan perbualan. Contohnya, ia boleh digunakan ketika sedang membuat panggilan video dan perbualan akan diterjemah dalam bentuk teks. Jelas di sini yang fungsi ini adalah mirip dengan “Live Transcribe” daripada Google untuk Android 10. Walau bagaimanapun, OnePlus tidak mengumumkan bilakah ia akan dilancarkan. Ini kerana, pembangunan sistem ini agak sukar – Google sendiri belum mengedarkan kepada semua.

Apa-apa pun agak menarik untuk melihat OnePlus kini lebih mengikut jejak langkah Google, dengan banyak fokus kepada perisian. Sama-sama kita nantikan.

Baca Informasi Lanjut Mengenai Live Transcribe Di Sini