Tahniah skuad muda negara!

10 Nov 2019 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada skuad Bawah B-18 (B-18) negara yang secara automatik layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan.

"Bagaimanapun, ini hanyalah permulaan. Skuad kebangsaan perlu kekal fokus untuk berdepan 11 pasukan juara dan empat naib juara yang lain pada pusingan akhir nanti.

"Apapun skuad kebangsaan berjaya bermain dengan baik, berdedikasi dan berdisiplin demi negara dan demi ibu bapa masing-masing. Anda telah membuatkan kami semua bangga.

"Selepas ini anda perlu melengkapkan diri dengan lebih baik kerana laluan kita pastinya lebih sukar di pusingan akhir," katanya di Kemboja petang tadi.

Hadir sama Naib Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram dan Exco FAM, Md Dali Wahid.

Hamidin juga mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kejurulatihan dan pengurus pasukan yang juga Exco FAM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar atas kejayaan tersebut.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja petang tadi, skuad kendalian Brad Maloney itu mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Thailand.

Pemain pertahanan kiri, Muhamad Umar Hakeem Suhar Redzuan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-84. Gol itu sudah memadai buat Malaysia untuk muncul juara Kumpulan G.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Malaysia tampil bergaya apabila merekodkan 12 mata maksimum hasil kemenangan 5-4 ke atas Kemboja, Brunei (11-0), Kepulauan Mariana Utara (10-0) dan Thailand (1-0).

Selain Tajikistan terlebih dulu menyambar tiket pusingan akhir selaku juara Kumpulan C, 11 pasukan juara kumpulan dan empat pasukan terbaik yang muncul naib juara peringkat kumpulan akan mara ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved