Teknologi mengembangkan penggunaan pembayaran secara nirtunai. Di Malaysia misalnya anda boleh menggunakan pelbagai dompet digital di kedai mamak. Di Jepun, Starbucks kini menyokong pembayar menggunakan sebatang pen pintar.

Di Jepun pen pintar ini dijual pada harga 5000 Yen (~RM194) sebatang dengan kredit 1000 Yen (~RM39) untuk melakukan pembelian dalam stor. Terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan perak.
