GoPro Hero 8 Black Dilancarkan Dengan Kerangka Khas Untuk Pelbagai Aksesori

TechnologyDigital
1 Oct 2019 • 9:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GoPro Hero 8 Black akhirnya dilancarkan sebentar tadi selepas rekaannya tertiris dua bulan yang lalu. Kamera aksi ini hadir dengan kerangka khas Media Mod yang membolehkan pelbagai aksesori digunakan oleh pengguna untuk tujuan videografi.

image is not available
Pengguna boleh menyambung skrin LCD Display Mod yang memudahkan proses mengambil swavideo. Terdapat juga aksesori Lighting Mod yang merupakan lampu LED dengan keterangan 200 lumens. Media Mod ini sendiri dilengkapi sebuah mikrofon shotgun untuk rakaman audio yang lebih berkualiti. Kedua-dua Mod yang dijual ini hadir dengan pek baterinya tersendiri dan tidak menjejaskan hayat rakaman video kamera.

image is not availableGoPro Hero 8 Black menyokong rakaman video sehingga 4K 60FPS.  Mod HyperSmooth 2.0 membolehkan rakaman video yang stabil manakala TimeWarp 2.0  pula membolehkan rakaman video hiper perlahan diambil.

Kamera GoPro Hero 8 Black dijual pada harga $399 (~RM1675) sebuah. Aksesori Media Mod pula pada harga $80 (~RM336), Display Mod pada harga $80 (~RM336) dan Light Mod pula pada harga $50 (~RM210).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved