
SHAH ALAM, 26 DIS: Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah terhadap tuduhan pertama menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengumumkan keputusan itu selepas mendapati pembelaan bekas perdana menteri itu gagal menimbulkan keraguan munasabah, lapor Malaysiakini.
Tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk memperoleh suapan (salah guna kuasa).
BERITA LANJUT MENYUSUL
