Werner bakal gugat Firmino

3 Jun 2020 • 6:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

USAHA pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool merekrut penyerang berbisa RB Leipzig, Timo Werner bakal mengancam kedudukan bintang The Reds, Roberto Firmino.

Menurut bekas tonggak Manchester City, Danny Mills, jika Werner bersetuju berhijrah ke Anfield, situasi itu sudah pasti memberi kesan terhadap posisi Firmino yang membentuk trio berbisa bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane sejak beberapa musim lalu.

"Saya boleh katakan posisi Firmino akan terancam kerana Werner cukup memberi impak sebagai penyerang tengah ketika bersama RB Leipzig mahupun FC Stuttgart sebelum ini.

"Jadi tidak mengejutkan apabila status Werner kini menjadi tumpuan kelab-kelab besar Eropah seperti Liverpool untuk mendapatkan khidmatnya," kata bekas pemain The Citizens berusia 43 tahun itu.

Sejak beberapa bulan lalu, skuad The Reds terus konsisten menjadikan Werner yang bernilai £55 juta (RM295 juta) sebagai sasaran utama untuk dibawa ke Anfield.

Malah, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp juga sudah mengadakan perbincangan dengan bintang Jerman berusia 24 tahun itu yang turut dilaporkan berminat menyarung jersi The Reds.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved