2,111 kes baharu, enam kematian akibat Covid-19

22 Sep 2022 • 8:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,111 kes semalam selepas lima hari berturut-turut negara mencatat kes bawah paras 2,000.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,823,975 kes, dengan 25,327 daripadanya kes aktif .

Setakat semalam, 24,169 kes menjalani kuarantin kendiri,1,101 kes dirawat di hospital dan 57 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 63.3 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 15.5 peratus.

Setakat semalam,enam kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,330 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved