2,130 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

18 Jun 2022 • 11:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 JUN: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 2,130 kes semalam berbanding 2,033 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,536,795 kes dengan 25,626 daripadanya kes aktif.

Daripada jumlah itu, 24,585 kes atau 95.9 peratus kuarantin di rumah, 993 kes (3.9 peratus) di hospital termasuk 35 di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 13 kes (0.1 peraus) di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut menunjukkan satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,731 kes.

Selain itu, kadar penggunaan katil ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.7 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 8 peratus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved