2.3 Juta Rakyat Tidak Perbaharui Lesen Memandu Lebih 3 Tahun

LocalCars
21 Sep 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif.

Status itu dikatakan sama ada telah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata adalah menjadi kesalahan sekiranya mereka memandu dengan menggunakan lesen tidak aktif memandangkan ia akan menimbulkan pelbagai risiko berbangkit kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

image is not available

Beliau berkata semua individu yang memandu kenderaan motor atas jalan perlu mempunyai lesen memandu sah dan berkuat kuasa selaras dengan ketetapan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Sekiranya pemegang lesen terbabit masih berhasrat untuk memandu kenderaan motor atas jalan, individu itu wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) di mana-mana institut memandu berdekatan untuk mendapatkan atau mengaktifkan semula lesen memandu berkenaan selaras ketetapan Akta 333," katanya dalam kenyataan hari ini .

Sehubungan itu, semua pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun diseru untuk segera memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara bagi mengelak kewajipan menduduki semula KPP02 dan KPP03.