“2 3 kali DM, seolah-olah memaksa” – Adik Nidza Afham Terkilan Ada Pihak Ajak Promosi Produk

LocalEntertainment
19 Aug 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adik kepada Allahyarham Nidza Afham menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang cuba ambil kersempatan terhadap dirinya di media sosial.

Menurut Aufa, mereka cuba ‘menggunakan’ dirinya untuk mempromosikan produk dan baginya perbuatan itu sangat tidak profesional.

“Saya baru kehilangan ahli keluarga saya, akaun saya dicari untuk perkembangan saya. Bukan saya viral kerana benda lain. Di manakah common sense anda, DM saya untuk beri kempen kerana engagement saya sedang tinggi sekarang untuk kepentingan brand anda?”

Tegas Aufa, ia adalah satu perkara yang tidak boleh diterima kerana jenama yang hubunginya itu kerap menghantar mesej kepadanya di bermacam-macam platform dan menurutnya,jenama tersebut seolah-olah memaksa.

“Dari TikTok, hingga ke DM IG, 2 3 kali brand ini DM saya untuk collab campaign, seolah memaksa. Jadi saya rasa saya perlu bersuara supaya anda faham ini tidak patut berlaku. Be professional.”

image is not available

Tegasnya, dia perlu bersuara kerana mahu memberi pengajaran kepada pihak tersebut bahawa perkara ini tidak patut berlaku dan harus bersikap profesional.

Sebagai info, Allahyarham Nidza dilaporkan hilang sejak Selasa selepas keluar melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman. Jenazah tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kia-kira pukul 6.45 petang.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.