2,357 anggota polis kawal Hari Kebangsaan, 80,000 dijangka hadir

25 Aug 2026 • 4:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 2,357 anggota polis kawal Hari Kebangsaan, 80,000 dijangka hadir

KUALA LUMPUR – Seramai 2,357 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di Putrajaya bagi memastikan aspek keselamatan dan kawalan trafik sepanjang Sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, jumlah kehadiran pengunjung ke lokasi sambutan dijangka mencecah 80,000 orang.

Beliau berkata, beberapa penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tempoh raptai sehingga hari sambutan bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan orang ramai.

“Semasa Raptai Skeleton pada esok hingga Jumaat ini, penutupan penuh sepanjang Persiaran Perdana bermula dari Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari akan dilaksanakan.

“Penutupan jalan pada Jumaat dan Sabtu ini pula bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan Dataran Putra, Persiaran Perdana, Laman Perdana, Jalan P2A, Jalan P2T, Jalan P2S, Jalan P2W dan Jalan P2Y,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, penutupan jalan secara lebih meluas akan dilaksanakan bermula pukul 5 pagi pada Ahad ini sehingga 6 petang pada Isnin depan membabitkan kawasan ‘core island’.

Lima jambatan iaitu Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Putra dan Jambatan Seri Ehsan akan ditutup sepenuhnya.

“Antara laluan yang terjejas ialah Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Lebuh Saujana, Lebuh Gemilang, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Jalan Tun Hussein, Persiaran Barat dan Persiaran (Pssaas).

“Bagi penduduk sekitar ‘core island’ P18, hanya Jambatan Seri Bestari dan Jambatan Seri Setia akan dibuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma turut disediakan bagi memudahkan orang ramai ke lokasi sambutan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini berkaitan pengangkutan awam yang disediakan menerusi media sosial rasmi Perbadanan Putrajaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post 2,357 anggota polis kawal Hari Kebangsaan, 80,000 dijangka hadir appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved