Ayob Khan antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026

25 Aug 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ayob Khan antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026

SERDANG – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay antara penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026 bagi kategori Tokoh Wira Negara hari ini.

Selain itu, bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir pula menerima anugerah Tokoh Saintis dan Inovator Kreatif.

Pempengaruh, Muhammad Mikhael Sathayah menerima anugerah sebagai Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang), manakala Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Advokasi Pendidikan dan OKU Sejahtera (Advo OKU Sejahtera), Prof Dr. Ruzita Mohd Amin menerima anugerah Tokoh Wanita Madani.

Anugerah-anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Ayob Khan antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved